Learning Today Leading Tomorrow

Matlamat kami adalah untuk menawarkan khidmat nasihat yang berkesan dan bersesuaian dengan pelajar untuk membantu mereka menerokai masa depan tersendiri.

Mengenai Kami - Pengenalan

Schoollah Malaysia merupakan organisasi yang membantu para pelajar sekolah dan universiti berkaitan dengan permohonan ke universiti dan biasiswa, tidak kira di dalam atau luar negara.

Tahun 2014 merupakan tahun yang tidak asing lagi kerana Schoollah Malaysia telah ditubuhkan pada tahun berkenaan oleh pengasas kami. Sehingga kini, organisasi ini telah membantu ribuan pelajar sekolah mahupun universiti di media sosial. Kami juga bergerak aktif dengan kerjasama badan-badan kebajikan yang berdaftar di Malaysia.

Kami mengambil pendekatan media sosial kerana pendedahan di medium berkenaan terbukti lebih berkesan. Hal ini demikian kerana para pelajar banyak menghabiskan masa terluang mereka di media sosial.

Objektif

  • Menyediakan khidmat perundangan kepada para pelajar tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.
  • Mendidik para pelajar mengenai peluang pendidikan di Malaysia dan luar negara.
  • Memberi kesedaran dan peluang kedua kepada para pelajar yang tercicir akademik.
  • Menambah baik ilmu dan tips pendidikan di kalangan para pelajar.

Ingin bekerjasama dengan kami

Contoh: Lawatan ke Sekolah, Seminar, Pengiklanan atau Kolaborasi.

Hubungi Kami