Bank Negara Malaysia (BNM) Edisi Lepasan SPM 2018

Biasiswa daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kini kembali lagi untuk tahun 2018! Penajaan ini khusus hanya untuk lepasan:

  1. SPM 2017
  2. Asasi/Matrikulasi
  3. Diploma/STPM
  4. Ijazah/Degree
  5. Master
  6. PhD

Untuk lepasan SPM 2017, biasiswa dibahagi kepada dua (2):

  1. Kijang Emas
    • Pelajar tajaan boleh memilih mana-mana jurusan kesukaan anda, di mana-mana top universiti seluruh dunia
    • Pelajar yang mendapat semua A+ di dalam peperiksaan SPM 2017
    • Tidak melebihi 19 tahun pada 1 July 2018
  2. Kijang
    • Pelajar tajaan boleh memilih di antara jurusan Ekonomi, Perakaunan, Finance, Actuarial Science, Law & Computer Science di mana-mana top universiti di dalam senarai universiti yang ditetapkan BNM
    • Minima 8A (A & A+ sahaja) di dalam peperiksaan SPM 2017
    • Tidak melebihi 19 tahun pada 1 July 2018

Tarikh permohonan telahpun ditutup pada 21 Mac 2018.

Ikuti pengalaman temuduga Bank Negara Malaysia oleh Sabihah Rusman, pelajar Perakaunan di University of Auckland, New Zealand!

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan biasiswa berprestij dan antara yang terawal dibuka permohonannya dan dibuka seminggu selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan secara atas talian. Anda dikehendaki menulis esei sepanjang 350 patah perkataan di mana tajuk esei berubah setiap tahun dan antara tajuk esei ialah Why do you deserve this scholarship dan Why you choose this scholarship. BNM menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan dan Ekonomi. Ini merupakan salah satu faktor saya memohon biasiswa ini, di samping kelebihan yang bakal diterima sebagai penerima biasiswa seperti kelas intensif bahasa Inggeris dan program membentuk soft-skill.
Selepas dua minggu permohonan ditutup, tawaran untuk menghadiri Akademi Kijang bersama Bank Negara Malaysia dibuat melalui panggilan telefon dan disusuli dengan email berkaitan keseluruhan program seperti tentatif, kod pakaian dan dokumen yang perlu dibawa. Penilaian ini dijalankan selama tiga hari dua malam (3H2M) di Sasana Kijang dan penginapan sepenuhnya disediakan di Lanai Kijang.
Pada Jumaat petang, semua peserta mendaftar masuk di Lanai Kijang. Setelah itu, para peserta berpeluang makan malam bersama peserta tajaan BNM yang lain sambil mereka berkongsi pengalaman belajar di bawah tajaan biasiswa tersebut. Aktiviti diteruskan dengan taklimat oleh pihak BNM dan peserta berpeluang untuk bertanya jika terdapat sebarang persoalan berkenaan program pada keesokkan harinya. Sesi Ice breaking dimulakan dengan pertanyaan “apa yang anda tahu tentang Bank Negara Malaysia”.
Selepas itu, peserta dibahagikan ke dalam kumpulan masing-masing. Terdapat sebelas kumpulan (11) dan setiap kumpulan terdiri daripada lapan (8) dan sembilan (9) orang ahli. Peserta dikehendaki untuk memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan dan juga mencipta nama dan juga sorakan untuk kumpulan. Anda digalakkan mengambil peluang ini untuk menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan kerana ia benar-benar akan membantu anda untuk menonjol semasa sesi penilaian pada hari berikutnya.
Pada hari kedua, sesudah bersarapan, peserta akan menaiki bas ke Sasana Kijang untuk sesi penilaian yang terbahagi kepada empat (4) slot. Setiap kumpulan diselia oleh tiga (3) orang panel. Saya bertuah kerana salah seorang penilai yang merupakan pelakon dan penulis skrip terkenal iaitu Redza Minhat. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan Bank Negara Malaysia. Setelah para panel memperkenalkan diri, slot Pertama pun bermula. Kami dikehendaki memperkenalkan seorang peserta lain di dalam kumpulan. Seterusnya, setiap peserta perlu mempromosikan jurusan masing-masing dan bertindak sebagai kaunselor. Bagi slot ini, kami hendaklah menerangkan bidang tersebut secara terperinci di samping menarik minat mereka yang mendengar untuk menyambung jurusan tersebut. Oleh itu, sebelum hadir ke Akademi Kijang, anda perlulah membuat persediaan dan melakukan penyelidikan tentang bidang yang anda ingin ceburi.
Slot Kedua merupakan antara sesi yang paling mencabar. Kami diberikan satu kajian kes tentang sebuah kedai serbaneka yang menghadapi masalah kewangan dan persaingan daripada syarikat runcit besar. Kajian kes tersebut dilengkapi maklumat mengenai kedai serbaneka dan beberapa graf untuk menunjukkan untung yang diunjurkan selama beberapa bulan. Kami diberi masa beberapa minit untuk berbincang dalam kumpulan dan kami perlu membahagikan tugas kepada beberapa peranan, seperti:

  • Bahagian kewangan (Financial)
  • Bahagian jualan (Sales)
  • Bahagian pemasaran (Marketing)

Kami kemudiannya dikehendaki untuk membentangkan strategi bagaimana untuk menyelamatkan kedai serbaneka tersebut daripada muflis. Slot ini agak mencabar kerana tidak semua ahli kumpulan memahami istilah ekonomi, namun hasil daripada kerjasama semua yang menyumbang pendapat dan pengetahuan mereka mengenai perkara-perkara tersebut, kami berjaya membentangkan strategi dengan baik.
Perlu diingat bahawa semasa perbincangan, anda akan diperhatikan dan dinilai untuk melihat penyertaan (involvement) dan semangat berpasukan (teamwork) anda. Selepas pembentangan, para panel bertanya beberapa soalan berkaitan pembentangan dan peserta hendaklah bersedia untuk menerangkan dan mempertahankan jawapan anda. Pada akhir setiap sesi, panel akan memberikan komen yang membina untuk memperbaiki diri untuk slot seterusnya. Untuk sesi pertama, masalah kami adalah pengurusan masa, jadi pastikan anda menetapkan seorang penjaga masa dalam kumpulan anda untuk mengelakkan pengurusan masa yang tidak baik. Sekiranya anda menjadi sukarelawan untuk menjadi penjaga masa, ia akan menjadi tambah nilai bagi anda.
Bagi slot Ketiga, kami dipindahkan ke dalam bilik yang lebih besar di mana terdapat kumpulan lain dan kami perlu bersaing antara satu sama lain. Kami dikehendaki merancang dan membina sebuah taman rekreasi. Sekali lagi, kami berpecah kepada bahagian berbeza seperti Kewangan, Pembinaan dan Reka Bentuk. Kami diberi belanjawan tertentu dan senarai harga untuk bahan pembinaan dan sebagainya. Kemudian, kita perlu membuat tema untuk taman rekreasi dan membuat pelan lantai di atas kertas mahjong. Kami juga perlu membentangkan belanjawan untuk jumlah kos yang akan kami belanjakan untuk kemudahan tertentu seperti surau, pentas utama dan lain-lain. Kumpulan lain berpeluang untuk bertanya soalan tentang projek kami dan begitu juga sebaliknya. Untuk slot ini, cuba untuk menjadi lebih menonjol dengan menjawab soalan daripada panel dan kumpulan lain serta berusaha memberikan pendapat anda walaupun anda mempunyai kurang pengetahuan dalam bidang perakaunan dan ekonomi.
Untuk sesi terakhir, tiga (3) kumpulan digabungkan di dalam satu bilik. Kami diberikan tugas untuk membina sebuah menara menggunakan straw, gelang getah dan pita pelekat untuk slot Keempat. Terdapat beberapa spesifikasi yang perlu kami ikuti seperti tinggi menara tersebut dan juga reka bentuk yang boleh menampung berat sebiji buah limau Mandarin. Aktiviti ini bertujuan untuk menilai peserta untuk berfikir dengan kreatif dan semangat kerjasama.
Pada malam hari kedua, pengumuman dibuat dan daripada 100 orang peserta, hanya 40 orang yang terpilih untuk ke sesi pembentangan dan temuduga secara individu. Peserta yang tidak layak ke peringkat seterusnya dibenarkan untuk pulang pada keesokan harinya.
Bagi sesi pembentangan, peserta diberikan kertas mahjong dan dikehendaki memilih satu daripada tiga (3) tajuk. 20 – 30 minit masa diberikan untuk membuat persediaan. Selepas tamat pembentangan, sesi temuduga pula diteruskan dan terdapat tiga panel untuk kedua-dua sesi ini. Ingin saya tekankan, sebelum anda menghadiri temuduga ini, pastikan anda telah membuat research tentang kursus yang anda ingin ambil, di mana anda ingin meneruskan pengajian dan juga kenapa anda memilih kursus dan tempat tersebut. Pastikan anda menghuraikannya secara terperinci. Panel lebih berminat jika anda menjawab soalan mereka dengan menggunakan contoh pengalaman terdahulu sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Anda boleh menggunakan format STAR untuk menjawab soalan berkaitan pengalaman:

  • S – Situation
  • T – Task
  • A – Action
  • R – Result

Contoh:
I was a treasurer for a 3-day and 2-night camp in my school last year. The main objective of the program is to develop leaderships skill among students (S). As a treasurer, I had to prepare and calculate the overall budget for the camp (T). Based on the estimated expenses, I led my team to raise some fund. I talked to several sponsors as well as PIBG and sent the camp’s proposal to them. It was a great opportunity for me to build my network and enhance my communication skill. My team and I also did a business by selling food at the hostel and the profit is contributed for the camp expenses (A). As a result, the fund collected was over than what we expected and the camp ran smoothly and considered as a success (R).
Di akhir sesi temuduga, peserta berpeluang untuk mengajukan pertanyaan kepada panel. Sejujurnya, menghadiri Akademi Kijang merupakan satu pengalaman yang membuka mata saya kerana saya dapat mengutip pengalaman dan nasihat untuk memperbaiki diri di masa hadapan dan dapat bertemu dengan orang-orang hebat yang semestinya menjadi sumber inspirasi.
Akhir sekali, keputusan temuduga diumumkan sebulan kemudian melalui emel dan panggilan telefon. Selamat maju jaya menjawab soalan-soalan temuduga kepada para pelajar yang terpilih untuk menghadiri temuduga Bank Negara Malaysia (BNM)!

Ikuti pengalaman kedua temuduga Bank Negara Malaysia oleh Alya Sabrina, pelajar tajaan BNM di University College London, United Kingdom!

I think the first thing that crossed my mind when I got the email to attend the academy was getting to stay at a hotel!! Obviously followed by the nervous feeling….even more when I realised I’ll be surrounded with the brightest of people 🙂 but the key here is to not be intimidated, that alone can cripple your confidence and divert your focus which should be to just be yourself and do your absolute best! Okay now let’s go on to see what exactly happened back when I attended the academy…….
Our first full day was all about group activities! We had 4 sessions and by the time the day was over, we were so tired. That same night was the elimination stage. All of us were divided into 2 groups, one group who passed on to the next stage (interview) and the other group that didn’t pass but…..they get a free and easy day the next day with breakfast provided! How cool is that??
Now on to the group activities, the first one is of course an ice breaking session! Other groups may have done a different activity but for mine, we had to pick an M&M chocolate & answer questions based on the colour. Different colours would have different questions (eg: orange is your fav hobby, green is your fav subject). Easy peasy!
Then we were divided into smaller groups according to the course we applied for. A time limit was given for us to discuss among each other (in specific groups) on what to present to encourage people to take up the course that we applied for. For example, if you’re applying for Economics, what can you promote about that specific subject to make others want to study that as well? So, here’s the important bit; know really well about your course because hey, your study and work life might just revolve around that! But don’t worry too much because you don’t have to be so specific on your presentation. It is about the course and not so much about the work life. (Pay attention to what the task asks you to do!)
On to the next session which is a case study. This is the part where it gets a little harder… They may give you a brief description of a company and lay out the problems so you need to discuss with your groupmates how to tackle them. If you need a longer time for discussion or you have anything that you don’t understand, just ask! The key is communication!!

Some notes on the case study;

  • Make sure to set your objectives at the start of discussion & stick to it all the way until the end. Strategies/Plans should follow the objectives set.
  • Always justify any strategies using the facts and figures given.

Then….it’s lunchtime! Hurrah!!
So during lunchtime, the assessors will be sitting for lunch with different groups to get to know others better. They will ask questions in a very relaxed way and give useful advices but here’s the catch; they were still assessing! So just be friendly and engage with them!
The 3rd group activity that we did was also a case study but this time, we needed to compete with other teams to raise the most profit by designing a hotel! Besides that, we also needed to calculate the profits that we can make and also find the balance of fund. It is always better to have a concept/idea first before starting anything else and to appoint a team leader. Try to think out of the box!
The last group activity was also the best part because it’s a hands on activity! We needed to build a bridge using straws. Again, what’s important here is to have an objective that you and your team can work towards. Just be creative and don’t worry so much if your group didn’t do well, be positive and cheer up those who feel down!
**did I mention that after every group activity, you’d need to do some presentation 😉 heheh just be prepared for that!
If you make it to the final stage….you’re on a roll!! Time to give it your best shot.
You’d need to do an individual presentation and immediately afterwards is your interview. They’ll give you few topics for you to choose from and present on it. Some examples would be; the danger of social media, how can the central bank approach youths to save money. Just choose a topic that you are comfortable with and know well about it. You’ll be given some time for preparation too. The interview will be done immediately after the presentation. Practice the common interview questions (google them!).

Some examples would be:

  • Why did you choose this particular course?
  • Who’s your role model?
  • What’s your biggest failure/achievement?
  • What do you know about BNM?

Now that you’re done, you can finally take a deep breath! You’ve done your best and even if you didn’t, there’s always room for improvements so don’t fret just yet! Pray hard and don’t forget to take all of this as an experience that you can learn from. On another note, the assessors are super nice (at least during my time hahah!). It became less scary when they shared many stories and advices with us. They can also give feedbacks on your performance for the group activities only if you ask. They’re humans too and they don’t bite, they just wanna know you better so ask them questions!! Show that you want to know more about them (but not in a creepy way….) and who knows, maybe that can help you with any of your presentations later! This is solely based on my experience having been through the academy a couple years back so some things may have changed already. Nevertheless, I hope this has given you some insights on how the camp is going to be like. Anyway, best of luck for the academy and make sure to make friends too while you’re there!! Adios!
Jangan lupa follow Schoollah Malaysia di Twitter, Instagram & Facebook untuk info terkini berkenaan biasiswa dan tips-tips pendidikan!