#SLRamadhan 1.0

Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim UMMI 11/06/2017

“Setibanya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan,” – HR Bukhari dan Muslim.

Hari demi hari, Ramadhan makin mendekati. Bersempena dengan bulan yang penuh mulia ini, Schoollah Malaysia sekali lagi menganjurkan projek #SLRamadhan buat edisi kedua!

Edisi #SLRamadhan yang pertama telah diadakan di Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim UMMI, Kajang pada 10 dan 11 Jun 2017 dan disertai lebih 24 orang sukarelawan bagi menyambut bulan Ramadhan bersama 30 orang penghuni pusat kebajikan tersebut. (Maklumat lebih lanjut mengenai #SLRamadhan 1.0 di sini)

Pasukan sukarelawan di Rumah Anak-anak Yatim Ummi bersama pengasas Schoollah Malaysia, Lukman Khiruddin (dua dari kiri).

Berikutan sambutan memberansangkan pada tahun pertama dengan sumbangan yang berjaya diperoleh sebanyak RM10,000, Schoollah Malaysia bakal menganjurkan #SLRamadhan edisi 2.0 di Rumah Cahaya Kasih Bestari, Shah Alam.

Selain memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) organisasi ini, Schoollah juga menanam matlamat untuk memantapkan kemahiran merancang dan memimpin dalam kalangan sukarelawan selain membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kepada anak-anak rumah yatim yang dikunjungi.

Ketik sini untuk melihat report #SLRamadhan – #SLRamadhan Event Report