KPM: Program Matrikulasi Professional Perakaunan (JPPro)

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang ditawarkan pengajian untuk program Matrikulasi KPM! Semakan boleh dibuat mulai 24 April 2018, jam 12 tengah hari di sini
Untuk pelajar aliran Perakaunan, anda pasti pelik kenapa ada jurusan Perakaunan Profesional padahal tidak pernah memohon sebelum ini, bukan? Untuk pengetahuan anda, Program Perakaunan Profesional di bawah Matrikulasi (Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah program pertama yang diperkenalkan pada tahun ini. Cawangan pertama yang menawarkan program ini ialah Kolej Matrikulasi Selangor.
Untuk sesi 2018/2019, Matrikulasi mempunyai 2 program untuk pelajar aliran bukan Sains:

  • Perakaunan (1 tahun)
  • Perakaunan Professional (1 tahun)

Ketika sesi pendaftaran di kolej Matrikulasi, pelajar akan menduduki ujian kelayakan Aptitud, sebelum diterima masuk ke program Perakaunan Profesional. Jika anda gagal menepati minima markah ujian Aptitud, pelajar akan didaftar di bawah program Perakaunan. Berikut merupakan ujian Aptitud yang boleh anda duduki:

Program Perakaunan Professional di Matrikulasi adalah bersamaan program CAT (Certified Accounting Technicians). CAT merupakan program Foundation, sebelum pelajar menyambung pengajian ACCA.
Program Matrikulasi KPM Perakaunan Profesional hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja. Dan sejurus tamat program Perakaunan Profesional, anda dikehendaki menyambung pengajian ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) di UiTM sahaja. Tidak boleh masuk IPTA lain.
Bahasa mudahnya:

  • Program Perakaunan Profesional -> ACCA di UiTM atau IPTS
  • Program Perakaunan biasa -> Ijazah di IPTA atau IPTS

Yuran pengajian untuk program Perakaunan Profesional & Perakaunan adalah sama iaitu RM446.65.
 

Soalan #1

Saya tak nak ambil program Profesional Perakaunan dan ambil ACCA. Saya plan nak masuk Ijazah Ekonomi. Apa perlu saya buat?

Untuk makluman, pelajar yang ingin menyambung Ijazah bidang:

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Pentadbir Pengurusan Awam
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan
  • Sumber Manusia
  • Undang-Undang
  • Ekonomi
  • dan lain-lain

Anda boleh memohon masuk ke program Perakaunan biasa, tidak perlu masuk ke Program Perakaunan Professional. Kelak ketika sesi pendaftaran, pelajar boleh memberitahu pegawai yang dilantik bahawa anda hanya berminat untuk program Perakaunan biasa.

Soalan #2

Kalau saya masuk program Perakaunan Profesional, nanti bila dah habis belajar, tiba-tiba saya tak minat dan nak masuk program Ijazah biasa. Boleh ke?

Tak boleh. Anda wajib menyambung pengajian ACCA di UiTM sejurus tamat pengajian. Jika anda berkeras untuk masuk program Ijazah juga, anda boleh memohon permohonan pengajian di IPTS atau IPMa.

Soalan #3

Saya nak tunggu UPU, perlu atau tidak untuk saya daftar dulu program Matrikulasi. Nanti kalau dapat UPU, saya nak keluar. Boleh ke?

Ya, boleh. Tetapi ketika sebelum sesi pendaftaran, pelajar dikehendaki membayar yuran pendaftaran terlebih dahulu. Saat anda keluar dari program Matrikulasi atas sebab menerima tawaran lain, wang pendaftaran yang anda bayar tidak akan dipulangkan.

Soalan #4

Kalau saya keluar Matrikulasi sebab dapat tawaran UPU, tak disenarai hitam ke?

Tidak. Pelajar tidak akan disenarai hitam.

Soalan #5

Wajib ke buat pengesahan surat tawaran? Saya nak tunggu UPU.

Pengesahan surat tawaran boleh disahkan terlebih dahulu. Kelak jika anda mendapat UPU, anda tidak perlu hadir untuk sesi pendaftaran Matrikulasi. Pihak Matrikulasi akan menganggap awak tak berminat, secara default.