Malaysia Airports Berhad (MAB)

Malaysia Airports Berhad telah menaja sebanyak 44 pelajar semenjak penajaan ini ditawarkan pada tahun 2010.

Penajaan ini boleh dimohon oleh pelajar:

  1. Lepasan Matrikulasi
  2. Lepasan Asasi
  3. Lepasan STPM
  4. Lepasan Diploma
  5. setaraf

 

Penajaan oleh MAB adalah tajaan penuh yang merangkumi:

  1. Yuran Pengajian
  2. Elaun Bulanan (Makan/Minum)
  3. Elaun Buku
  4. Elaun Komputer Riba
  5. Elaun Kertas Projek (FYP – Final Year Project)
  6. Peluang Pekerjaan bersama Malaysia Airports Berhad

 

Walaubagaimanapun, Malaysia Airports Berhad (MAB) tidak menaja pelajar ke luar negara. Badan penajaan ini hanya menaja pengajian pelajar di universiti-universiti pilihan sahaja, iaitu Top 20 Universiti dalam Malaysia:

  1. Universiti Awam (UA)
    • Universiti Malaya
    • Universiti Putra Malaysia
    • Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    • Universiti Sains Malaysia (USM)
    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    • Universiti Utara Malaysia
    • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    • Universiti Malaysia Perlis
    • Universiti Malaysia Sabah
    • Universiti Malaysia Sarawak
    • Universiti Malaysia Pahang
    • Universiti Malaysia Kelantan
    • Universiti Malaysia Terengganu
    • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  2. Universiti Swasta (US)
    • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
    • Multimedia University (MMU)
    • Universiti Tunku Abdul Rahman
    • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    • UCSI University
    • Taylors’ University

Badan Penajaan ini hanya menaja jurusan:

  1. Pengurusan (Accounting, Finance, Economics, Business Administration, Marketing, Law, Commerce, Airport Management)
  2. Kejuruteraan (Mechanical, Civil, Electrical & Electronic)
  3. Information Technology (Computer Science)

 

Menarik, bukan? Ini adalah syarat-syarat permohonan penajaan Malaysia Airports Berhad (MAB):

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun dan ke bawah
  3. Mendapat keputusan SPM minima 6A
  4. Bergiat aktif di dalam aktiviti kokurikulum dan sukan
  5. Pelajar bukan di bawah mana-mana pinjaman atau biasiswa semasa permohonan dibuat

 

Tarikh tutup permohonan Malaysia Airports Berhad adalah pada 30 April 2018. Permohonan boleh dibuat di sini – Laman Rasmi

Jangan lupa follow Schoollah Malaysia di Twitter, Instagram & Facebook untuk info terkini berkenaan biasiswa dan tips-tips pendidikan!

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!