MARA: Graduate Excellent Programme (GrEP) 2018

MARA telah memperkenalkan penajaan untuk peringkat Pasca Siswazah di bawah mekanisme Pinjaman Boleh Ubah untuk pengajian luar dan dalam negara. Sebelum ini, MARA menawarkan pinjaman di bawah institusi kewangan (bank).

Siapa yang layak untuk memohon?

  • Berketurunan Melayu/Bumiputera
  • Salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu/Bumiputera
  • Pemohon & ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree)
  • Dalam Negara
    • Telah mendapat tawaran pengajian daripada Universiti Awam atau Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  • Luar Negara
    • Telah mendapat tawaran pengajian tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada top 50 universiti terkemuka luar negara (rujuk QS World University Rankings 2018 atau Times Higher Education World University Ranking 2018)

Bagaimana untuk mendapatkan tawaran pengajian tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada universiti luar negara?

  • The Universities and Colleges Admissions Service (UCAS) – Konsep sama seperti UPU di Malaysia. Harga untuk satu pilihan universiti adalah £13 & £24 untuk permohonan lebih daripada satu. Boleh mohon di sini
  • Memohon penempatan (placement) dengan universiti pilihan di laman sesawang universiti
  • Menghantar e-mel pertanyaan kepada universiti pilihan anda. Kebiasaannya pihak universiti akan membalas dalam masa singkat.

Apakah bidang pengajian yang mendapat penajaan MARA di bawah skim PRO-P 2018?

  • Alam Bina
    • Senibina Part II, Rekabentuk Dalaman
  • Multimedia
    • Animasi 3D, Rekabentuk Industri, Computer Generated Imaginary Technology (CGI), Cinematografi
  • Information & Communication Technology (ICT)
    • Autonomous Robots, Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Simulation, Big Data Analytics, Additive Manufacturing, Cyber Security, System Integration
  • Aeroangkasa & Industri Rel
    • Aero Komposit, Rekabentu Pesawat, Teknologi Satelit, Rel Teknologi
  • Kejuruteraan
    • Elektrikal, Mekatronik, Mekanikal & Kimia
  • Sains
    • Sains Tulen, Sains Gunaan, Meterologi, Sains Persekitaran, Pengajian Sains Atmosfera, Pemuliharaan Alam Sekitar, Astronomi
  • Sains Perubatan
    • Perubatan, Pergigian, Veterinar, Psikiatri, Optometri, Farmasi, Fisioterapi, Radiografi, Bio-Perubatan,  Biologi Gunaan, Bioteknologi
  • Sains Sosial
    • Ekonomi, Perbankan/Kewangan Islam, Perakaunan, Kewangan, Pengajian Syariah, Pengajian Usuluddin, Pengajian Quran & Sunnah, Undang-Undang, Pengangkutan, Kewartawanan dan Pembangunan Usahawan

Apakah syarat khas kelayakan akademik?

  • Sarjana (Master)
    • Dalam Negara
      • Minima 3.50 Ijazah Sarjana Muda (Degree)
      • Keutamaan kepada pemohon yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana (Master)
    • Luar Negara
      • Minima 3.75 Ijazah Sarjana Muda (Degree)
      • IELTS band 6.5 (untuk setiap band 6.0)
  • Doktor Falsafah (PhD)
    • Dalam Negara
      • Minima 3.50 Sarjana (Master)
      • Keutamaan kepada pemohon yang sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD)
    • Luar Negara
      • Minima 3.80 Sarjana (Master)
      • IELTS band 6.5 (untuk setiap band 6.0)

Notakaki: Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA, jika mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun, akan dipertimbangkan.

Apakah syarat lain kelayakan akademik?

  • Hanya untuk pengajian secara kerja kursus (Course Work) atau penyelidikan (Research) secara sepenuh masa termasuk Mixed Mode (kerja kursus & Dissertation)
  • Kursus yang diiktiraf yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Apakah had umur untuk pelajar yang ingin memohon?

  • Sarjana (Master)
    • Dalam Negara
      • Tidak melebihi 40 tahun
    • Luar Negara
      • Tidak melebihi 35 tahun
  • Doktor Falsafah (PhD)
    • Dalam Negara
      • Tidak melebihi 45 tahun
    • Luar Negara
      • Tidak melebihi 40 tahun

Berapakah tempoh pinjaman MARA yang diberikan?

  • Sarjana (Master): 1 – 2 tahun
  • Doktor Falsafah (PhD): 3 tahun

Di manakah saya perlu membuat permohonan?

  • Permohonan boleh dibuat secara online di sini
  • Tarikh permohonan dibuka mulai 12 April 2018 – 21 April 2018
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!