MARA: Professional Development Programme (PRO-P) 2018

Sebelum ini, MARA memperkenalkan program pinjaman 100% di mana pelajar akan membuat pinjaman di bawah institusi kewangan (bank). Akan tetapi, bagi tahun 2018, MARA telah mengumumkan mengenai penajaan untuk program Professional dan Pakar di dalam negara dan luar negara di bawah skim Pinjaman Boleh Ubah! Menarik, bukan?

Siapa yang layak untuk memohon?

  • Berketurunan Melayu/Bumiputera
  • Salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu/Bumiputera
  • Pemohon & ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree)
  • Dalam Negara
    • Telah mendapat tawaran pengajian daripada IPT yang diiktiraf badan Professional & JPA
  • Luar Negara
    • Telah mendapat tawaran pengajian tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada institusi yang diiktiraf Badan Professional & JPA
    • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan daripada majikan

Bagaimana untuk mendapatkan tawaran pengajian tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada universiti luar negara?

  • The Universities and Colleges Admissions Service (UCAS) – Konsep sama seperti UPU di Malaysia. Harga untuk satu pilihan universiti adalah £13 & £24 untuk permohonan lebih daripada satu. Boleh mohon di sini
  • Memohon penempatan (placement) dengan universiti pilihan di laman sesawang universiti
  • Menghantar e-mel pertanyaan kepada universiti pilihan anda. Kebiasaannya pihak universiti akan membalas dalam masa singkat.

Apakah bidang pengajian yang mendapat penajaan MARA di bawah skim PRO-P 2018?

  • Perakaunan
    • ACCA & CIMA
  • Perubatan (Medicine)
    • Pediatrics, Radiology, Ophthalmology, Oncology, Psychiatry, Obstetrics & Gynecology, Cardiothoracic Surgery, Orthopedic Surgery, Surgery & Nuclear Medicine
  • Pergigian (Dentistry)
    • Oral Surgery, Orthodontic, Periodontology, Pediatric Dentistry, Restorative Dentistry, Oral Pathology & Oral Medicine & Forensic Dentistry

Apakah syarat khas kelayakan akademik?

  • Perakaunan
    • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, CGPA3.00 dan ke atas atau setaraf
    • ACCA: 4 kertas terakhir sahaja
    • CIMA: 3 kertas terakhir sahaja
    • Tempoh pengajian satu (1) tahun
  • Perubatan (Medicine)
    • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perubatan/Ijazah Sarjana Perubatan
    • Memiliki pengalaman sebagai pegawai perubatan dalam bidang berkaitan selama 4 tahun
  • Pergigian (Dentistry)
    • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pergigian/Ijazah Sarjana Pergigian
    • Memiliki pengalaman sebagai pegawai pergigian dalam bidang berkaitan selama 4 tahun

Apakah had umur untuk pelajar yang ingin memohon?

  • Dalam Negara – Tidak melebihi 40 tahun
  • Luar Negara – Tidak melebihi 35 tahun

Berapakah tempoh pinjaman MARA yang diberikan?

  • Professional Perakaunan
    • 1 tahun
  • Pakar Perubatan / Pergigian
    • 2 – 4 tahun

Di manakah saya perlu membuat permohonan?

  • Permohonan boleh dibuat secara online di sini
  • Tarikh permohonan dibuka mulai 16 April 2018 – 25 April 2018