Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Edisi 2019

PERHATIAN KEPADA PELAJAR LEPASAN ASASI / MATRIKULASI / STPM / DIPLOMA IPTA / DIPLOMA IPTS / DIPLOMA IPMa / DIPLOMA POLITEKNIK / SETARAF

Penajaan biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) kini kembali lagi untuk tahun 2019 untuk anda memohon! Tahun ini, PIDM akan membuka permohonan bermula 10 Mac 2019 (Ahad). Tajaan ini hanya ditumpu untuk pengajian dalam negara sahaja!

Tajaan Biasiswa Ini Merangkumi

  • Tajaan sehingga RM10,000 setahun untuk yuran pengajian / kos sebenar, mana-mana yang rendah,
  • Tajaan sehingga RM2,000 per semester untuk elaun buku, komputer, alat tulis dan lain-lain atau RM4,000 setahun,
  • Tajaan elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan atau RM6,000 setahun,
  • Tiada bond untuk pemegang amanah. Pelajar tidak wajib bekerja di PIDM selepas tamat pengajian.
  • Tidak perlu membayar balik penajaan. Percuma.
  • Pelajar wajib menjalani:
    • Induction Programme
      • Program orientasi akan diberikan kepada semua pemegang amanah PIDM. Ini penting untuk pelajar memahami mandat, visi, misi dan prinsip PIDM.
    • Mentoring and Coaching
      • Setiap pemegang amanah akan diberikan seorang mentor daripada team Senior Management PIDM untuk memantau anda dari semasa ke semasa. Ini untuk memastikan pelajar mempunyai bimbingan yang konsisten.
    • Internship Programme
      • Sebahagian daripada idea strategi program ini, pelajar akan ditawarkan latihan industri selama 6 bulan di PIDM dan diberi elaun sara hidup.
      • Pelajar harus mencapai minima CGPA 3.00 atau minima Kelas Kedua Atas untuk peperiksaan akhir.

Penajaan ini akan merangkumi hampir keseluruhan kos di universiti. Korang hanya perlu bawa pakaian dan peralatan peribadi sahaja untuk masuk ke universiti. Menarik, bukan?

Apakah Syarat Khas Untuk Memohon Penajaan Ini?

  1. Pelajar haruslah warganegara Malaysia.
  2. Merupakan pelajar sepenuh masa dan berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari 2019.
  3. Keputusan akademik yang memberangsangkan:
    • SPM haruslah minima 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris atau,
    • Minima 2A untuk STPM atau A-Levels,
    • Minima CGPA 3.50 dan ke atas untuk program Matrikulasi / Asasi / Diploma / setaraf.
  4. Pelajar telah mendaftar belajar dalam jurusan yang ditawarkan oleh pihak PIDM, dan mendapat kelulusan serta akreditasi daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN) di universiti yang diluluskan oleh pihak PIDM.
  5. Tidak mempunyai apa-apa penajaan ketika memohon permohonan ini, kecuali PTPTN.
  6. Tidak pernah mempunyai rekod disiplin atau diberhentikan oleh mana-mana penajaan sebelum ini.
  7. Permohonan pelajar akan diproses jika menepati syarat-syarat khas di atas dan jurusan serta universiti yang ditawarkan oleh pihak PIDM.

Jurusan Tajaan

  • Accounting
  • Banking
  • Business Administration
  • Finance
  • International Business
  • Islamic Banking
  • Financial Banking and Management
  • Computer Science / Information Technology
  • Economics
  • International Financial Economics
  • Statistics
  • Actuarial Science
  • Law / Shariah Law
  • Human Resource Management / Human Resource Development
  • Mathematics (Actuary)
  • Risk Management and Insurance
  • Insurance
  • Communication

Kolej / Universiti Yang Diluluskan Oleh Pihak PIDM

  • IPTA / UNIVERSITI AWAM
    • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Universiti Malaya (UM)
    • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
    • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
    • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
    • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    • Universiti Sains Malaysia (USM)
    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
    • Universiti Utara Malaysia (UUM)
    • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
    • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • IPTS / UNIVERSITI SWASTA
    • Multimedia University (MMU)
    • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
    • Universiti Industri Selangor (UNISEL)
    • Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
    • UNITAR International University (UNITAR)

Terma Dan Syarat

  • Pemohon haruslah memberi maklumat pendapatan ibu bapa atau penjaga.
  • Tawaran biasiswa adalah berdasarkan terma dan syarat di dalam kontrak penajaan bersama pihak PIDM.
  • Pemegang amanah penajaan ini haruslah mencapai minima CGPA 3.00 setiap semester atau mencapai Kelas Kedua Atas di dalam keputusan akhir pengajian.
  • Pelajar akan diberhentikan sebagai pemegang amanah PIDM jika:
    • Gagal menyambung pengajian dalam apa-apa alasan sekalipun,
    • Gagal mencapai minima GPA & CGPA 3.00 setiap semester,
    • Gagal mengikuti undang-undang yang disediakan oleh pihak kolej / universiti,
    • Melanggar apa-apa terma dan syarat di dalam kontrak penajaan bersama pihak PIDM.

FAQs

  • Saya pelajar lepasan SPM. Adakah saya layak memohon?
    • Tidak. Tajaan ini hanya untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian Ijazah Pertama (Degree) sahaja.
  • Jika saya sedang mengikuti program Degree ketika permohonan ini dibuat, adakah saya perlu masukkan keputusan Diploma / STPM / Asasi / Matrikulasi / setaraf saya?
    • Ya. Pemohon haruslah menyatakan keputusan terkini atau subjek semester akhir, bersama-sama keputusan gred GPA dan CGPA.
  • Jika saya sedang mengikuti program Degree ketika permohonan ini dibuat dan masih tidak mempunyai keputusan peperiksaan, apa perlu dibuat?
    • Pelajar hanya perlu mengisi Ijazah Pertama (Degree) yang sedang diikuti beserta nama universiti. Gred markah peperiksan, sila nyatakan “N/A”.
  • Saya sedang menunggu surat tawaran universiti, adakah saya layak memohon biasiswa ini?
    • Ya, pemohon boleh memohon tajaan ini tanpa surat tawaran. Jika pelajar telah berjaya mendapat surat tawaran kelak, sila beritahu kami maklumat terkini. Universiti dan jurusan haruslah seiring dengan polisi PIDM.
  • Saya sedang mengikuti pengajian Pra-Universiti saya, dan bakal menyambung pengajian Ijazah Pertama (Degree) dalam tahun yang sama. Adakah saya layak memohon tajaan ini?
    • Ya, anda layak memohon. Pastikan anda menerima surat tawaran daripada universiti selewat-lewatnya Ogos pada tahun yang sama permohonan dibuat.
  • Saya mempunyai tajaan PTPTN sekarang. Adakah saya layak memohon?
    • Ya, layak. Jika anda mendapat tawaran PIDM, pelajar diwajibkan menghantar surat kepada pihak PTPTN untuk menghentikan pinjaman ke atas anda. Hutang pinjaman PTPTN haruslah dijelaskan oleh pihak pelajar, bukan pihak PIDM.
  • Bagaimana jika ibu bapa / penjaga saya tidak slip gaji?
    • Pemohon boleh menaik turun surat pengakuan pendapatan atau apa-apa dokumen lain seperti slip pencen kerajaan, zakat, borang cukai pendapatan dan sebagainya.

Apa tunggu lagi? Mohon sekarang sebelum tarikh tutup pada 15 April 2019!

Pelajar boleh memohon penajaan ini di sini – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Ingin Mengetahui Bagaimana Interview Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Dijalankan? Baca sini.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!