#SLTalk Cara Menulis Resume dan Tips Temuduga Biasiswa

Sebelum memohon permohonan biasiswa, anda dinasihatkan untuk membuat beberapa perkara penting terlebih dahulu iaitu:

  • Daftar emel baru khas untuk permohonan biasiswa.
  • Elakkan menggunakan alamat emel yang pelik seperti pinkgUrl00@gmail.com. Gunakan alamat emel seperti nama anda sendiri. Contohnya, asiyahzulaikha00@gmail.com.
  • Pastikan alamat emel anda diletakkan di dalam smart phone semasa dalam durasi permohonan biasiswa atau pekerjaan. Buang alamat emel yang tidak berkaitan untuk mengelakkan notification yang tidak diperlukan seperti dari Facebook, Instagram dan sosial media yang lain.
  • Luangkan masa untuk mengetahui permohonan biasiswa atau pekerjaan yang dibuka, di internet.
  • Pastikan anda meletakkan nombor telefon yang boleh dihubungi
  • Cetak sijil anda dan pastikan stamp.
  • Siap sedia esei biasiswa.

Bagaimana Untuk Menulis Esei Biasiswa?

  • Kenal pasti dan fahami topik.
  • Masukkan isu-isu semasa seperti Brexit dan RUU.
  • Dinasihatkan untuk tidak memasukkan isi berkaitan politik.
  • Luahkan pendapat anda sendiri. Dilarang sama sekali menciplak kandungan daripada internet.
  • Proofread. Pastikan tiada typo atau spelling error atau grammatical error.
  • Word limit.

Apa Isi Yang Perlu Ada Dalam Resume?

  • Nama, nombor telefon & alamat emel
  • Pengenalan diri ringkas
  • Info pendidikan tertinggi anda
  • Pengalaman pekerjaan (jika ada)
  • Pengalaman kepimpinan
  • Pengalaman sukarelawan
  • Sijil & Anugerah
  • Kokurikulum tambahan
  • Kehadiran di program akademik atau konferen
  • Kemahiran menggunakan komputer dan bahasa

Contoh Resume Untuk Biasiswa:

Tips Temuduga (Sebelum)

  • Ulangkaji jurusan yang anda mohon (Contoh: pasaran kerja & laluan pendidikan).
  • Ulangkaji latar belakang organisasi atau syarikat yang bakal menaja anda.
  • Pastikan sentiasa semak peti masuk emel untuk mengetahui jika terdapat apa-apa info tambahan atau penukaran oleh pihak penajaan saat-saat akhir.
  • Pastikan pemakaian ke temuduga adalah selaras dengan etika pemakaian yang ditetapkan.
  • Siapkan dokumen yang diperlukan oleh pihak penaja. Susunan sijil haruslah mengikut peringkat atau kronologi. Contohnya, peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan seterusnya daerah. Pelajar disarankan hanya meletakkan sijil-sijil Tingkatan 4 dan ke atas sahaja. Walaubagaimanapun, jika terdapat sijil tertinggi tingkatan 1 – 3, pelajar boleh masukkan (Contohnya: Pengakap Diraja Tingkatan 2).
  • Pastikan anda menggilapkan bahasa Inggeris anda untuk lebih konfiden ketika bercakap dengan para penemuduga.

Tips Temuduga (Semasa)

  • Pastikan anda sampai awal ketika hari kejadian.
  • Pastikan anda melayan semua orang dengan baik. You never knew who’s your interviewer. It could be the receptionist that you treated badly.
  • Pastikan anda tampak kemas dan konfident.
  • Elakkan melebihi atau overshadow.
  • Saat anda memasuki bilik temuduga, pastikan anda ucapkan selamat pagi/tengah hari kepada para temuduga dan senyum.
  • First impression sangat penting dan ini ditentukan saat anda memasuki bilik untuk ditemuduga.
  • Dengar kepada soalan yang diberikan dan jawab soalan mereka dengan penuh yakin dan beradab.
  • Jika anda tidak fahami soalan yang diberika, anda boleh meminta mereka mengulangkan soalan.
  • Bahasa badan (body language) adalah sangat penting.
  • Sekalipun anda tidak mempunyai soalan untuk ditanyakan, rajinkan diri untuk bertanya yang relevan.

Tips Temuduga (Selepas)

  • Walaubagaimanapun situasi temuduga, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada para temuduga.
  • Rajinkan diri semak emel untuk keputusan temuduga.

 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan lagi, follow kami di Twitter (@schoollah) & Instagram (@schoollah). Selamat maju jaya!

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!