Biasiswa Shell Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Shell Malaysia merupakan salah satu syarikat korporat terbesar di dunia untuk bidang Oil & Gas.

Pada tahun ini (2019), Shell Malaysia menawarkan penajaan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM tahun 2018!

Apa itu biasiswa?

Biasiswa bermaksud pelajar tajaan akan ditentukan berdasarkan markah:

  • Akademik
  • Kokurikulum
  • Assessment
  • Temuduga

Tajaan ini akan merangkumi 100% biasiswa, termasuk:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Bulanan
  • Tiket Penerbangan 2 hala (pergi & balik)
  • Mentoring & Program Internship  (latihan industri)
  • dan sebagainya

Hanya perlu bawa pakaian & barangan peribadi je untuk masuk belajar. Best, bukan?

Apakah Syarat Untuk Memohon Biasiswa Shell Malaysia?

  • Mempunyai pengalaman aktiviti kepimpinan di sekolah dan aktif dengan aktiviti kokurikulum yang lain.
  • Tidak mempunyai apa-apa penajaan semasa permohonan ini dibuat.
  • Minima 8A (A+ & A sahaja) untuk SPM atau keputusan yang memberangsangkan untuk IGCSE O-Levels (A+ & A sahaja).
  • Pelajar yang memohon perlu memastikan anda layak bekerja di Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 18 ketika mendaftar masuk ke program Asasi atau Pra-Universiti di bawah tajaan Shell Malaysia.

Bidang Apa Yang Ditaja Shell Malaysia?

  • Engineering: Mechanical, Civil, Chemical, Petroleum, Electrical & Electronics
  • Sciences: Geology, Geosciences, Geomatics, Geophysics
  • Commercial: Human Resources, Business & Management

Bagaimana Proses Pemilihan Pelajar Dijalankan oleh Pihak Shell Malaysia?

  1. Pelajar perlu mengisi permohonan online di laman rasmi Shell Malaysia
  2. Selepas mengisi, pelajar dikehendaki menyiapkan 3 online assessment. Jangkamasa untuk siapkan adalah sekitar 40 minit. Pastikan anda mempunyai internet yang stable ya! Pelajar ada masa selama 10 hari untuk siapkan online assessment ini.
  3. Kalau korang dapat menjawab kesemua soalan di dalam assessment tersebut dengan jayanya, Shell Malaysia akan menghantar undangan untuk sesi temuduga secara online. Korang kena rakam video sendiri mengenai diri anda & kelayakan akademik anda. Ingat, first impression does matter! Pastikan lighting on point dan tidak terlalu gelap. Gunakan handsfree atau earpod untuk merakam suara anda! Pelajar mempunyai 3 minit untuk sesi video ini.
  4. Ini merupakan fasa terakhir temuduga. Kalau pelajar berjaya melepasti ketiga-tiga fasa di atas, pelajar akan menerima jemputan untuk ditemuduga bersama Board of Trustees Shell Malaysia. Soalan yang bakal ditanya adalah berkaitan akademik & aktiviti kepimpinan anda.
  5. Pelajar yang berjaya akan dihantar untuk program A-Levels di Kolej Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.
  6. Selepas tamat program pra-universiti, pelajar akan dihantar ke luar negara.

 

Memandangkan keputusan SPM belum dikeluarkan, pelajar boleh menunggu keputusan SPM keluar terlebih dulu. Hal ini kerana, tarikh tutup permohonan biasiswa adalah pada 30 Mac 2019.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Mac 2019

Mohon Di Sini: Shell Malaysia

Nota: Jangan Lupa Untuk Masukkan Nama “Schoollah Malaysia” Untuk Ruangan – “Where Do You Know About This Scholarship”

Baca Tips Temuduga Biasiswa Disini

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!