SLRamadhan

Dalam menunaikan rukun ketiga dalam Rukun Islam, bulan Ramadhan juga ialah bulan yang dimeriahi dengan nilai kemurahan dan kasih sayang sesama masyarakat.
Bersempena dengan bulan yang penuh mulia itu, Schoollah Malaysia telah awal membawa kemeriahan Aidilfitri kepada lebih 30 orang anak-anak yatim di Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim UMMI yang bertempat di Kajang, Selangor melalui Ramadhan Schoollah Project. Projek itu digerakkan oleh 24 sukarelawan yang juga ahli Schoollah Malaysia.
Bagi para sukarelawan dan juga anak-anak yatim yang diraikan, projek tersebut merupakan pengalaman yang sememangnya tidak dapat dilupakan dan telah banyak mempelajari nilai-nilai kehidupan yang perlu setiap insan syukuri setiap masa. Senyuman yang terlihat di wajah penghuni rumah itu nyata terlihat sepanjang para sukarelawan meluangkan masa berbuka puasa dan bersahur bersama mereka, selain diberi duit raya hasil sumbangan orang ramai.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial Schoollah Malaysia, pengasasnya Lukman Khiruddin percaya bahawa anak-anak yang kurang bernasib baik sebegini tidak wajar diabai dan dipandang sepi, selain menegaskan golongan belia sepatutnya melangkau lebih jauh dengan mengenali mereka secara lebih dekat- bukan sekadar melawat dan mengambil gambar.

“Kami ingin untuk bersama-sama dengan mereka, menjadi pendengar setia keluhan mereka ketika berada di sekolah, dan mengenali mereka secara lebih dalam. Pihak kami juga tidak berniat untuk menampilkan diri sebagai orang yang asing dalam kehidupan anak-anak ini, dan juga berhajat untuk memberi persepsi yang baik kepada mereka,” kata Lukman.

Objektif Schoollah untuk mendidik golongan belia tentang peluang pendidikan yang terbentang luas di hadapan setelah tamat pengajian menengah rendah juga tercapai melalui projek selama satu malam itu apabila para penghuni didedahkan dengan pelbagai cara untuk mencapai kerjaya impian yang menyentuh hati para sukarelawan. Dana sebanyak RM10,000 hasil sumbangan orang ramai untuk diberikan kepada pihak rumah kebajikan tersebut di sini.
Schoollah Malaysia berazam untuk lebih banyak berbakti kepada anak-anak berharga ini dan juga kepada seluruh masyarakat, serta berharap agar aktiviti tersebut menjadi kenangan manis yang dinukilkan untuk bulan Ramadhan pada tahun 2017.
Disediakan oleh: Syasya Fooad


The holy month of Ramadhan is a month of giving back and sharing love to the society.
Schoollah Malaysia, in the spirit of Ramadhan, brought early Raya happiness to more than 30 orphans of Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi, Kajang through their Schoollah Ramadhan Project in which 11 members of Schoollah Malaysia spent a night bonding with the children- from breaking fast and waking up for sahoor together.
It was indeed an unforgettable experience for both the children and our volunteers, as we both learned a lot from each other. The children also were pampered with scrumptious breaking-of-fast and sahoor meals, along with little green packets of Raya money for every child.
As part of Schoollah’s social responsibility, Lukman Khiruddin, Schoollah’s founder, believes that these less fortunate children should not be neglected, and as youths, we should go the extra mile by getting to know them- not only visiting them for the reputation and pictures.

“We want to be here for them, to listen to their troubles in school and to get to know them better. We do not want to be strangers and we wish to leave a lasting impression on these children,” said Lukman.

Schoollah’s objective of educating youths on what lies beyond high school was also met as throughout the one-night program, the children and youths were exposed and educated on what they could do to reach their dreams, academically.
Schoollah Malaysia also managed to collect a total of RM 10,000 for the orphanage through public donations and fundraising activities.
In the future, Schoollah Malaysia hopes to be able to do more for these children and also the rest of the society, and we hope what little we did became a happy memory to remember for this year’s (2017) Ramadhan.
Written by: Nur Amira Shafiqah Mohd Almizat