#SLRamadhan 2.0

“Setibanya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan,” – HR Bukhari dan Muslim.

Hari demi hari, Ramadhan makin mendekati. Bersempena dengan bulan yang penuh mulia ini, Schoollah Malaysia sekali lagi menganjurkan projek #SLRamadhan buat edisi kedua!
Edisi #SLRamadhan yang pertama telah diadakan di Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim UMMI, Kajang pada 10 dan 11 Jun 2017 dan disertai lebih 24 orang sukarelawan bagi menyambut bulan Ramadhan bersama 30 orang penghuni pusat kebajikan tersebut. (Maklumat lebih lanjut mengenai #SLRamadhan 1.0 di sini)
Pasukan sukarelawan di Rumah Anak-anak Yatim Ummi bersama pengasas Schoollah Malaysia, Lukman Khiruddin (dua dari kiri).

Berikutan sambutan memberansangkan pada tahun pertama dengan sumbangan yang berjaya diperoleh sebanyak RM10,000, Schoollah Malaysia bakal menganjurkan #SLRamadhan edisi 2.0 di Rumah Cahaya Kasih Bestari, Shah Alam.
Selain memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) organisasi ini, Schoollah Malaysia juga menanam matlamat untuk memantapkan kemahiran merancang dan memimpin dalam kalangan sukarelawan selain membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kepada anak-anak rumah yatim yang dikunjungi.
Poster program:


Bagi merealisasikan projek #SLRamadhan 2.0, Schoollah Malaysia mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk cenderamata, pakaian, alat-alat tulis dan juga buku, selain menyasarkan kutipan dana atau tajaan wang tunai sebanyak RM13,000. Maklumat mengenai program adalah seperti berikut

  • Tarikh: 9 JUN 2018
  • Tempat: Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Shah Alam, Selangor
  • Masa: 5.00PM – 11.00PM

Schoollah Malaysia adalah sebuah organisasi berdaftar sebagai sebuah perusahaan sosial (social enterprise) yang bertujuan bagi membantu para pelajar dan siswa perihal berkaitan dengan pendidikan tinggi, seperti permohonan ke institusi-institusi pendidikan tinggi, biasiswa dan bantuan kewangan pendidikan, tidak kira di dalam atau di luar negara.
Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk menaja projek #SLRamadhan secara rasmi, anda boleh hubungi talian yang tertera dalam poster program.
Berikut merupakan kertas kerja #SLRamadhan 2.0 untuk tatapan awam: Baca sini
Sekiranya ANDA turut berminat untuk menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai, anda boleh berbuat demikian menerusi akaun bank Schoollah Malaysia:

  • CIMB Bank Berhad
  • 8009288110 – SL Eduventures Enterprise

Hulurkan tangan, ringankan beban. Sumbangan anda pada hari ini mampu membawa senyuman dan mengubah masa depan mereka di kemudian hari.