#SLTalk2020

Siapa Kami?

Schoollah Malaysia merupakan sebuah badan perundingan pendidikan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi di atas nama SL Eduventures Enterprise: AS0393192-D.

Apa Misi Kami?

Misi utama Schoollah ialah untuk memberi bimbingan kepada para pelajar lepasan SPM, STPM, Pra-Universiti dan graduan Diploma yang masih buntu akan hala tuju mereka selepas tamat pengajian. Pengasas Schoollah Malaysia iaitu Lukman Khiruddin percaya bahawa dengan berkongsi maklumat tentang hala tuju pendidikan tinggi, Schoollah Malaysia dapat membantu dan membimbing pelajar-pelajar daripada golongan sasaran untuk mencapai impian mereka.

Mengikut statistik, Schoollah kini mempunyai lebih daripada 10,000 ahli sejak ditubuhkan pada tahun 2014. Jumlah itu semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Apa itu #SLTalk?

Schoollah Malaysia tampil dengan sebuah program bimbingan dikenali sebagai #SLTalk di mana ia akan menjadi platform bagi para pelajar seluruh Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini tentang alternatif-alternatif pendidikan tinggi serta beberapa biasiswa, bantuan pendidikan, dan tajaan yang sedia ada.

Di samping itu, program ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengasah kemahiran sosial mereka dengan membina jaringan kenalan sesama sendiri. Schoollah Malaysia telah mengadakan sebanyak empat seminar #SLTalk sejak tahun 2018. Ia mengaplikasikan pendekatan secara dekat atau one-on-one approach yang dibantu oleh para fasilitator terdiri daripada pelajar terbaik dari pelbagai institusi pendidikan tinggi dan bidang-bidang pengajian yang berbeza.

Apa Objektif #SLTalk?

  • Memberi pendedahan tentang variasi hala tuju pendidikan tinggi yang ada di Malaysia dan di luar negara
  • Memperkenalkan program kemahiran TVET kepada pelajar
  • Memberi pengenalan kepada jurusan yang berkaitan dengan Revolusi Industri 4.0
  • Memberi gambaran awal tentang kehidupan alam pendidikan tinggi
  • Membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan

Apa yang Terbaru untuk #SLTalk tahun 2020?

Untuk tahun 2020, kami bekerjasama dengan pihak BOOST dan Axiata Digital untuk meneruskan seminar ini. Buat julung kalinya, #SLTalk mempunyai dua siri:

  • Siri I – 13 Februari 2020 (Khamis)
    • Bertempat di Menara Axiata, KL Sentral
    • Terhad kepada 150 orang sahaja
  • Siri II – 7 Mac 2020 (Sabtu)
    • Bertempat di Auditorium Pusat Siswazah, DK 43 .101, UKM, Bangi
      • Waze: Cafeteria DTAMS, UKM
    • Terhad kepada 400 orang sahaja

Seiring dengan insentif badan kerajaan yang menawarkan RM30 e-Tunai Rakyat kepada warganegara yang berumur 18 dan ke atas, anda boleh menebus e-wang RM30 dan menggunakannya untuk membayar tiket masuk #SLTalk2020 melalui aplikasi BOOST!

Selain itu, pelajar akan menerima balik tunai, atau cashback sebanyak RM5 daripada pihak BOOST. Ini bermakna, tiket anda ke #SLTalk2020 adalah PERCUMA + RM5 wang tambahan!

Di bawah merupakan cara-cara untuk menebus tiket masuk ke #SLTalk2020 secara percuma:

Tentatif Program #SLTalk

Harga Tiket #SLTalk2020

Apa yang Pelajar Bakal Peroleh?

Recap #SLTalk yang Lepas

#SLTalk 1.0 – Menara KPMG, Bandar Utama

#SLTalk 2.0 – Taylor’s Lakeside, Subang Jaya

#SLTalk 3.0 – UniKL MIAT, Sepang

#SLTalk 2019 – Universiti Malaya. Petaling Jaya

 

Schoollah Malaysia di Media Massa

New Straits Times – Ketik Sini

Astro Awani – Ketik Sini

Anda berminat dengan #SLTalk2020?

 

Pernyataan: Kami tidak memberi jaminan penempatan kemana-mana universiti ataupun biasiswa kepada para pelajar. Organisasi kami hanya membimbing para pelajar dan berkongsi tips untuk memohon universiti dan biasiswa. Penempatan di universiti adalah keputusan pihak UPU sepenuhnya.